Perjalanan Toudaotang bermula di pergunungan Leigong, di mana masyarakat Miao telah menjalinkan hubungan dengan alam semula jadi selama lebih seribu tahun. Mengambil inspirasi daripada warisan kaya ini, penyelesaian penjagaan kulit kepala/rambut kami diinspirasikan daripada tradisi turun-temurun.
Dari pergunungan Leigong ke ikon global, Toudaotang membawa ritual berabad lamanya ke dalam kesejahteraan moden,merangkumi kebijaksanaan alam yang abadi.
RITUAL PURBA MILENIA
Cucian Sup Herba
Selama berabad-abad yang lalu, kaum wanita dari pegunungan Leigong telah mengumpul herba dari perbukitan untuk mencipta mandian kaya nutrien yang dikenali sebagai Kolam Sup Herba. Mereka mendapati bahawa cucian rambut yang diperkaya dengan herba menghasilkan rambut yang sihat dan berkilau.
Pemerhatian ini menjadi asas untuk Toudaotang, dengan mentransformasikan formula herba Miao kepada jenama kesihatan moden dan mengubah amalan tradisional kepada jenama terkemuka.
KEBIJAKSANAAN YANG MELANGKAUI BATAS MASA
Tradisi Bertemu Inovasi
Kami menghargai akar umbi kami sambil menerokai aspek kesejahteraan hidup. Dengan mengasimilasikan upacara purba dengan inovasi moden, rawatan kesejahteraan kami dicipta dengan keunikan yang telah mendefinisikan amalan Miao selama berabad-abad. Disokong oleh pasukan R&D yang terdiri daripada doktor berkemahiran tinggi serta sistem pendidikan yang menyeluruh, kami mempamerkan kebijaksanaan abadi, dimana rambut halus dan berkilau melambangkan kehidupan yang makmur dan sejahtera.